Wednesday, July 20, 2011

Selamat Tinggal SKCJ

Nampaknya setakat ini sahaja jodoh saya di SKCJ..selepas ini saya akan berangkat memulakan tugas baru di JPN Perak sebagai Penyelia Muzik/Seni di Sektor Akademik.Berat rasanya hendak meninggalkan SKCj tapi apakan daya..mahu tidak mahu suatu hari pasti terpaksa juga beredar dari situ..Selama 18 tahun lamay saya menjadi warga SKCJ..byk suka dan duka yang saya lalui di situ..Saya memohon ampun dan maaf kepada seluruh warga SKCJ dan juga ibubapa serta penduduk Kg.Changkat Jong jika ada salah dan silap atau tingkah laku saya yang tidak meyenangkan..Semoga ikatan persahabatan diantara kita terus kukuh walaupun saya tidak lagi berada di situ.

Tuesday, June 14, 2011

Guru Besar Bertukar

Berita ini diterima semasa cuti sekolah .Guru Besar kita Pn.Norkizah akan bertukar ke SK Horley Methodist setelah hampir lima tahun lamanya beliau berkhidmat di sini.Jasa beliau pada SK Changkat Jong tidak akan dilupakan.Semoga beliau dapat menjalankan tugas di tempat baru dengan lebih baik.Puan Norkizah juga menjelaskan mungkin beliau akan mengambil keputusan untuk bersara awal memandangkan kesihatan beliau dan di samping ingin menjaga ibunya yang uzur.Kami warga SKCJ mengucapkan selamat berpisah dan ribuan terima kasih di atas segala jasa dan bakti cikgu di SKCJ.

Friday, June 10, 2011

1 Murid 1 Sukan

Kementerian lancar Dasar 1Murid 1Sukan
Oleh Fakhrurrazi Usuldin
bhnews@bharian.com.my
2011/06/11

Langkah lahir pelajar seimbang, galak gaya hidup sihat

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran semalam melancarkan Dasar 1Murid 1Sukan yang menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata dasar itu mewajibkan semua murid yang tidak mengalami masalah kesihatan memilih satu jenis sukan ditawarkan pihak sekolah atau dijalankan dengan persetujuan sekolah.
“Kementerian menggariskan beberapa perkara bagi memantapkan pelaksanaan dasar ini iaitu pihak sekolah perlu membuat perancangan sistematik, memaksimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran sedia ada, mewujudkan kerjasama dengan agensi berkaitan sukan dan memastikan aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun.

“Antara lain, dasar ini berhasrat memupuk budaya bersukan di kalangan murid supaya menjadi anggota masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas,” katanya pada sidang media pelancaran dasar berkenaan, di sini semalam yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan), Dr Zahri Aziz.

Dasar 1Murid 1Sukan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mac lalu bertujuan memantapkan pembangunan sukan peringkat sekolah selaras program terdahulu iaitu Sukan Berprestasi Tinggi Sekolah (SPTS), khusus bagi membangunkan atlit sekolah cemerlang yang dilaksanakan sejak Julai 2008.

Muhyiddin menggariskan enam strategi memantapkan sukan di sekolah ketika mengumumkan program SPTS dan berharap dasar terbabit akan mengembalikan kecemerlangan sukan sekolah di seluruh negara.
Abdul Ghafar berkata, penyertaan menyeluruh semua murid dalam kegiatan sukan perlu bagi membangunkan modal insan cergas.

Layan Orkestra

Wednesday, May 4, 2011

Banjir Di Kg Changkat Jong

Sudah lama Kampung Changkat Jong tidak mengalami banjir besar.Pada tahun ini kejadian itu berlaku lagi.Difahamkan ianya berpunca dari ban yang pecah di Tapah.Hari ini SK Changkat Jong menjadi pusat penempatan mangsa banjir.Kelas 1C dan 1G digunakan untuk menempatkan mangsa2 banjir.Kepda murid2 SK Changkat Jong diharapkan tidak bermain banjir kerana ianya boleh mendatangkan bahaya.Cuaca masih mendung menandakan hujan akan turun lagi..

Thursday, March 10, 2011

ICT BOOKTHON

Tarikh 12 Mac 2011
Masa: 8.00 pagi hingga 3 petang
Tempat: SK Changkat Jong

Semua dijemput hadir ke majlis ini.Pelbagai aktiviti diadakan pada hari tersebut..Dari pameran hinggalah ke pertandingan yang boleh disertai pelbagai peringkat.Yang lebih menarik ialah kehadiran bekas pelajar SKCJ iaitu Hafiz Hamidun seorang selebriti tv akan hadir dengan persembahan yang menarik.Terdapat juga seorang selebriti dari rancangan realiti tv1 yang juga seorang pelatih maktab perguruan akan membuat persembahan.Kesemua mereka ini membuat per sembahan secara percuma untuk menjayakan program ini semata-mata.Terima kasih diucapkan.
Dengan sasaran untuk mencapai RM15 ribu kutipan untuk menampung keperluan murid-kurid SKCJ pelbagai usaha diadakan sepanjang program ini.Sumbangan-sumbangan dari pelbagai pihak amatlah diharap-harapkan terutama dari individu yang telah berjaya dan pernah mendapat didikan di SKCJ.Untuk itu sudilah kiranya badan-badan korporat,syarikat-syarikat,peniaga dan sebagainya untuk menghulurkan sedikit bantuan untuk kebaikan anak didik kita.semoga majlis ini berjalan lancar.

.
Hafiz sedang berbincang dengan Guru Besar SKCJ





Saturday, March 5, 2011

ICT BOOKTHON


Pada 12 mac 2011(sabtu ),program ICT BOOKTHON akan di adakan di sk.changkat jong.Ini merupakan program PIBG SK.Changkat Jong bagi mencari dana sebanyak RM 15 000 bagi tabung PIBG sekolah untuk di salurkan bagi program kecemerlangan akedemik,sahsiah,dan kokorikulum pelajar . Bagi bekas murid2 sekolah Changkat Jong,masa ini lah digalakkan datang beramai-ramai untuk pendaftaran Alumni SK.Changkat Jong dan seterusnya boleh berbakti demi sekolah tercinta...urusan pendaftaran murid tua dan penajaan dari bekas murid tua diuruskan oleh Ketua Puteri UMNO Changkat Jong.
Sekiranya ada cadangan aktiviti untuk bekas murid2,sila hubungi urus setia program/ GB SK.Changkat Jong (05-6221023).
Beberapa acara akan di jalankan bagi kategori remaja/belia/ibubapa murid:

-Kreatif minda(rekacipta daripada bahan terbuang)/pertandingan melabel bahagiaan
komputer,pertandingan kepantasan menaip menggunakan komputer

*Borang pertandingan bagi kategori ini ialah RM5.00 manakala bagi murid sekolah
RM1.00 dan boleh di ambil di pejabat sekolah .Hasil reka cipta kreatif minda perlu
diserahkan di sekolah sebelum 8 Mac 2011.Hadiah-hadiah menarik menanti anda.

Selain daripada itu terdapat juga :
1.Jualan buku,komputer,broadband,pakej jalur lebar (internet) dari TELEKOM
2.pemeriksaan kesihatan/derma darah
3..Jualan barangaan produk Caely Girl,Zhulian,DXN,Insurans
4.Pameran polis,bomba,perdagangan,Penjara,
5.Jualan Jumble sale PIBG
6.Jualan pelbagai jenis makanan dan minuman

Mari Ramai2 turun SKCJ...