Wednesday, November 25, 2009
Thursday, November 19, 2009
KEPUTUSAN UPSR MENINGKAT
Tahun ini nampaknya Sekolah Kebangsaan Changkat Jong berjaya meletakkan dirinya ke tahap yang amat memanggakan bagi sebuah sekolah luar bandar.Peratus Keputusan UPSR 54.16% sekaligus membawa SKCJ keluar dari kelompok sekolah yang berprestasi rendah.Dua orang murid mendapat keputusan 5A.Mereka yang berjaya ialah Mohd Yazil b. Hamdan dan Wan Nur Izzati bt. Wan Khusairi.Syabas diucapkan kepada guru besar atas usaha gigih beliau selama 5 tahun berada di sekolah ini.Begitu juga kepada guru-guru tahun 6 dan juga guru-guru lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Tuesday, September 8, 2009
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Selamat menghadapi peperiksaan UPSR diucapkan kepada murid2 SKCJ.Semoga semua murid2 dapat menjalani peperiksaan dengan tenang.Kami para guru senantiasa mendoakan kejayaan murid2..
Monday, June 29, 2009
PERTANDINGAN ROBOTIK
Pertandingan robotik yang diadakan di SMK Pengkalan Hulu turut disertai oleh murid2 SK Changkat Jong.Seramai 3 peserta telah dihantar.Pertandingan telah diadakan pada 26 Jun 2009.Walaupun murid tidak berjaya tetapi penyertaan ini dianggap sebagai satu pengalaman dan pendedahan awal untuk murid2.

Menginap di Rumah Rehat Gerik

Berlatih untuk menghadapi pertandingan esok...

Menginap di Rumah Rehat Gerik

Berlatih untuk menghadapi pertandingan esok...
Sunday, June 28, 2009
PELANCARAN ANTI PONTENG
Tuesday, June 16, 2009
CERAMAH LADAP
Petang 16.06.09 bertempat di PKG Langkap,satu ceramah Agama yang disampaikan Oleh Ustaz Kazim telah diadakan.Program tersebut adalah di bawah LADAP anjuran SK.Ayer Itam.Ceramah yang disampaikan oleh Ust.Kazim sangat menarik.Banyak input2 baru yang baik untuk diamalkan disampaikan oleh beliau.Ceramah yang memakan masa hampir 2 jam itu terasa begitu cepat berlalu.
Sunday, May 17, 2009
SAMBUTAN HARI GURU SK CHANGKAT JONG
Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti pembacaan perutusan Menteri Pelajaran oleh En.Saidin b. Erang,PK 1.Murid2 turut membuat persembahan sebuah nasyid 'Guru Mithali' yang diusahakan oleh pekerja2 kontrak SKCJ..Terima Kasih.Guru Besar menyampaikan ucapan..satu kejutan buat warga SKCJ..Dua orang kakitangan Bank Rakyat datang menyampaikan sebiji kek sempena Hari Guru.Terima kasih Bank Rakyat!Bacaan Ikrar guru diketuai oleh En.Saidin dan nyanyian Lagu Guru Malaysia dinyanyikan oleh guru2.

Friday, May 15, 2009
Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga pendidik khasnya Warga pendidik SK Changkat Jong.
Guru Malaysia
Kami guru Malaysia,
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin,
Putra putri negara kita.
Pada seri Paduka,
Kami tumpahkan setia,
Rukun negara kita,
Panduan hidup kami semua.
Di bidang pembangunan,
Kami tetap bersama,
Membantu,membina,
Negara yang tercinta.
Amanah yang diberi,
Kami tak persiakan,
Apa yang kami janji,
Tunai tetap kami tunaikan.
Guru Malaysia
Kami guru Malaysia,
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin,
Putra putri negara kita.
Pada seri Paduka,
Kami tumpahkan setia,
Rukun negara kita,
Panduan hidup kami semua.
Di bidang pembangunan,
Kami tetap bersama,
Membantu,membina,
Negara yang tercinta.
Amanah yang diberi,
Kami tak persiakan,
Apa yang kami janji,
Tunai tetap kami tunaikan.
Monday, May 11, 2009
CERAMAH KESIHATAN
Ceramah kesihatan yang diakan pada 11 Mei itu telah dihadiri oleh murid2 tahap 1 dan 2 termasuk beberapa orang ibubapa.Sudut pameran juga diadakan.Ceramah banyak menyentuh tentang kepentingan iodin dalam tumbesaran kanak2..murid2 turut diberikan sebungkus garam iodin..Terima kasih diucapkan kepada Pusat Kesihatan yang sudi hadir menyampaikan ceramah.

Thursday, May 7, 2009
SELAMAT HARI IBU
Bonda
Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga
Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama
Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan
Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi
Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu
Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu
Oh! bonda
bonda
Wednesday, April 29, 2009
MAJLIS PENYAMPAIAN KOAM DAN TANDATANGAN BUKU PELAPORAN
PERJUMPAAN IBUAPA
Hari ini SKCJ mengadakan perjumpaan dengan para ibubapa tahun 6.Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan diikuti penerangan dari Guru Besar mengenai pencapaian murid2.
Sumpah telah dilafazkan di hadapan ibubapa bahawa kamu kan berusaha bersungguh-sungguh dalam menghadapi peperiksaan UPSR...
Friday, April 10, 2009
KABINET BARU

Berikut senarai lengkap barisan anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak yang diumumkan selepas jam 3 petang di pejabatnya di Putrajaya.
Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak
Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam
Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah
Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak
Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)
Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)
Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)
Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)
Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)
Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)
Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)
Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)
Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)
Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)
Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)
Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)
Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)
Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)
Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)
Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)
Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)
Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)
Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)
Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)
Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)
Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)
Menteri luar
Datuk Anifah Aman
A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)
Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)
Tuesday, April 7, 2009
LAWAK 1
BELAJAR BAHASA JEPUN
01. Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat - SAYORI
05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO
06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARASUKAMURA
03. Yang bisu - KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi - NANACHI KASIBANYA
08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua - TARAGIGI PADAMOKA
12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI
14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI
01. Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat - SAYORI
05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO
06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARASUKAMURA
03. Yang bisu - KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi - NANACHI KASIBANYA
08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua - TARAGIGI PADAMOKA
12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI
14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI
Sunday, April 5, 2009
HARI PROFESIONAL
Hari Profesional 2009 telah diadakan di Dewan Seri Tanjung,Bandar Baru Teluk Intan.Penyertaan adalah terdiri dari guru SKCJ dan SK Kumpulan Ganda.Dua penceramah telah dijemput.Puan Umi Selamah bt Zacharia,Guru Besar SK Tiang Darat memulakan ceramah.Diikuti pula ceramah kedua oleh En.Gulam Muzammil b. PK Mohamed,Penolong Pengarah(sekolah rendah),JPN.
Thursday, March 19, 2009
E-Kamus!
E-Kamus 5.02 Professional Edition 18 Kamus dalam 1!
KEISTIMEWAAN E-KAMUS DAPAT MEMBANTU ANDA !!
-Pencarian makna KURANG DARI SESAAT.
-Membantu menambah perbendaharaan kata
-Pembelajaran bahasa menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.
-Membetulkan KESALAHAN EJAAN Bahasa Malaysia.
-Hanya 'double click' @ 'mouse move'
-Menjimatkan masa dan kos.
Untuk murid yang berminat jumpa cikgu atau klik iklan banner dibawah untuk tempahan terus.
KEISTIMEWAAN E-KAMUS DAPAT MEMBANTU ANDA !!
-Pencarian makna KURANG DARI SESAAT.
-Membantu menambah perbendaharaan kata
-Pembelajaran bahasa menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.
-Membetulkan KESALAHAN EJAAN Bahasa Malaysia.
-Hanya 'double click' @ 'mouse move'
-Menjimatkan masa dan kos.
Untuk murid yang berminat jumpa cikgu atau klik iklan banner dibawah untuk tempahan terus.
Thursday, March 12, 2009
KEJAYAAN ANAK SEORANG NELAYAN

Anak nelayan, Nik Nur Madihah menunjukkan slip keputusan peperiksaan SPM kepada bapanya, Nik Mohd Kamal Husin yang berada di atas bot ikan di Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan, semalam. Madihah muncul pelajar terbaik bagi sekolah tajaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dengan mendapat 20A.Semoga ianya menjadi pencetus semangat untuk murid-murid SK Changkat Jong.
Friday, March 6, 2009
LADAP PERTAMA 09
Sunday, March 1, 2009
Al Fatihah
Al fatihah buat pelajar SKCJ yang meninggal kerana mati lemas pada 19 Feb 2009 lalu.Beliau seorang yang pendiam dan bijak.Semoga rohnya dicucuri rahmat..amin.Budiman bin Buniamin tahun 3 Gemilang akan tetap diingati..
Monday, February 16, 2009
Cikgu Samsul Dah Sihat
Menang!
Sunday, February 1, 2009
Saturday, January 17, 2009
Temu Murni
Hari ini ada perjumpaan dengan ibu bapa.Majlis Temu Murni..Khas untuk murid2 Tahun 6.EnShamsul Bahari Pegawai dari PPD datang memberi ceramah.Kebetulan pula beliau adalah penduduk kg Changkat Jong, dibesarkan di sini dan pernah mengajar di sini.Nampaknya hari ini balik petang lagi..Majlis berjalan lancar..Selepas Asar diadakan bacaan Yasin..Sesi yang menarik ialah cabutan bertuah..Sambutan kali ini memang memberangsangkan..
Monday, January 5, 2009
Selamat Tahun Baru
Masih sempat rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru untuk semua khasnya warga SKCJ.Sekejap saja rasanya bercuti..dah sekolah balik..
Tahun ini kita kehilangan tiga orang guru dan didatangi oleh dua orang guru baru.Cikgu Suria kita telah bertukar ke Serawak mengikut suaminya manakala Cikgu Nurdin telah bertukar ke SK Seri Baru menjadi guru besar di sana.Kita mendapat penolong kanan yang baru iaitu Cikgu Azni dari SMK Seri Setia dan seorang ustazah Pn.Aznani menggantikan Ustazah Siti Fatimah yang berukar juga.
Semoga SKCJ terus maju pada tahun ini.
Tahun ini kita kehilangan tiga orang guru dan didatangi oleh dua orang guru baru.Cikgu Suria kita telah bertukar ke Serawak mengikut suaminya manakala Cikgu Nurdin telah bertukar ke SK Seri Baru menjadi guru besar di sana.Kita mendapat penolong kanan yang baru iaitu Cikgu Azni dari SMK Seri Setia dan seorang ustazah Pn.Aznani menggantikan Ustazah Siti Fatimah yang berukar juga.
Semoga SKCJ terus maju pada tahun ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)