Sunday, January 31, 2010

LAWATAN DATO' ON



Baru-baru ini sekolah dilawati oleh Dato'Onn b. Hamzah mantan ADUN Changkat Jong.Tujuan beliau membuat lawatan adalah untuk melihat sendiri bentuk sumbangan yang boleh beliau berikan kepada sekolah terutamanya makmal komputer.Beliau turut membawa dua orang pembantu untuk meninjau keperluan makmal komputer..Sebelum ini beliau turut memberi sumbangan berupa peti televisyen untuk diletakkan di kawasan kantin sekolah bagi memudahkan murid untuk menonton rancangan2 yang berfaedah sebelum memasuki kelas dan semasa waktu rehat.. Dato'Onn sememangnya amat berjasa kepada SK Changkat Jong semenjak beliau memegang jawatan ADUN lagi..Undangan sekolah tidak pernah beliau kecewakan dan sentiasa berbincang dengan guru besar mengenai perkembangan sekolah.


Juruteknik makmal komputer sedang berbincang dengan pakar IT yang dibawa oleh Dato' on

2 comments:

azahar said...

Saudara,

Saya ialah bekas pelajar SKCJ. Saya bersekolah di SKCJ hanya setahun iaitu dalam tahun 2 1962. Walaupun hanya setahun, jasa SKCJ dalam membentuk saya menjadikan saya sekarang tak dapat saya lupakan, terutama sekali kepada Cikgu Zaleha yg mengajar saya masa itu.

Dato' Dr Azahar Idris
Pengarah Perkhidmatan Veterinar
Pahang

fadzil said...

Teruja saya dapat berjumpa dengan pelajar lama SKCJ...Orangnya hebat pula..Dato' Dr Azahar Idris..harap suatu hari nanti Dato' sudi bertandang ke SKCJ ini...