SK Changkat Jong sungguh bertuah kerana datarannya digunakan untuk majlis ceramah agama oleh Ustaz Farid Ravi anjuran PEMADAM dan Jawatankuasa Maulidur Rasul Mukim Changkat Jong.Lebih menarik kehadiran beliau ditemani oleh Saudara Hafiz Hamidon juga pengacara rancangan tv yang dihoskan oleh Ustaz Farid setiap minggu di tv1.Saudara Hafiz adalah bekas pelajar SK Changkat Jong, merupakan di antara pelajar yang pintar pada masa itu.Beliau juga seperti yang diketahui adalah bekas anggota Kumpulan Nasyid UNIC.Ceramah dimulakan agak lewat kerana kereta Hafiz mengalami kemalangan.
1 comment:
bagus sekolah tahun ni..tahun depan leh wat lagi
Post a Comment