Tuesday, March 1, 2011

Tahniah Buat Warga SKCJ!

Ucapan tahniah ini ditujukan kepada semua warga SKCJ kerana diatas usaha semua kita berjaya mendapat pengiktirafan baiah.Anugerah tersebut membawa kepada pemberian saguhati kepada guru besar,guru-guru dan juga kakitangan sekolah.
Anugerah itu disampaikan sendiri oleh Menteri Pelajaran kita Tan Sri Muhyidin Yasin.Daripada 19 sekolah Daerah Hilir Perak yang dicalonkan hanya 10 buah sekolah yang terpilih.
Semoga dengan anugerah ini akan memberi suntikan semangat kepada kita semua untuk berusaha dengan lebih gigih memajukan sekolah dalam semua bidang.

No comments: