Tuesday, June 29, 2010

Apa Dah Jadi

Sudah 2 minggu persekolahan bermula kembali setelah dua minggu bercuti panjang..Ramai yang terkejut bila datang ke sekolah dimaklumkan semua kelas di tingkat atas blok A tidak dapat digunakan..Rupa2nya semasa cuti ribut telah melanda sekolah sehingga menyebabkan kerosakan pada bumbung..Kelas Tahun 5 paling teruk kerana ada bumbungnya tercabut terus..
Begitu juga bilik muzik yang sudah sekian lama tidak selesai ditambah pula dengan kejadian ribut...air tergenang di sana sini..Bau najis kelawar menusuk hidung..Rasa lemas bila berada lama di situ..
Maka kelas-kelas menjadi agak berterabur..

No comments: