Hari Keluarga diadakan oleh Sekolah Kebangsaan Changkat Jong di Pulau Pangkor selama dua hari satu malam.Sebenarnya dah lama program macam ini dirancang tapi ada sahaja halangannya..Dengan memilih Purnama Beach Resort sebagai tempat penginapan yang terletak di Teluk Nipah...Hari pertama di sini dipenuhi dengan aktiviti sendiri2 sahaja.Ada yang memilih menaiki bot mengelilingi pulau,ada yang bermotosikal.Pada malam hari barulah semuanya dapat berkumpul dan makan bersama..

Dah lama tak naik feri ke Pangkor semenjak kurangnya kursus.. Terkejut juga sampai di Teluk Nipah..Banyak pembinaan sedang dilakukan di tepi pantai..Cerucuk besi di sana sini agak mencacatkan pemandangan..ruang untuk mandi menjadi terhad..laluan ke tepi pantai juga diganggu dengan kerja-kerja pembinaan..Yang peliknya orang tetap ramai berkunjung..

No comments:
Post a Comment