Friday, December 5, 2008

Tahniah!!

Inilah dia murid SKCJ yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun ini.Tahniah diucapkan kepada beliau..Noraina Khatijah bt. Adam.Memang pandai2 anak Pak Adam kita ni...






Murid2 lain yang turut berjaya

Thursday, November 13, 2008

Lawatan Ke PSS SMK Trolak

29 Okt 08 Lawatan Warga SKCj Ke PSS SMK Trolak yang telah memenangi pertandingan di Peringkat Kebangsaan.Kami diberi taklimat dan dibawa melawat persekitaran PSS dan
juga
sekolah.Memang canggih PSS Trolak yang serba lengkap.Syabass!!

LADAP

25 Okt 08
Kursus LADAP yang diadakan di Makmal komputer SKCJ.Sekolah-sekolah berhampiran juga dijemput.Seramai 3 penceramah dari Jemaah Nazir telah dijemput menyampaikan ceramah.




Wednesday, November 12, 2008

Lawatan Ke Melaka

Pada 23.10.08 yang lalu..Murid-murid khususnya murid tahun 6 telah mengadakan lawatan ke Melaka..











Cikgu Saidin PK1 kita dan Cikgu Lokman turut teruja dengan lawatan ini...

Wednesday, October 29, 2008

Gambar2 ketika banjir

Pemandangan yang menarik di Batu 7 Jalan Changkat Jong.Paip besar pecah ketika banjir menghasilkan pancutan air yang besar....

Kesiannye...

Wednesday, October 22, 2008

Banjir di Kg Changkat Jong

Banjir melanda Changkat Jong lagi..kali ini agak teruk setelah lebih kurang 8 tahun kejadian banjir seperti ini tidak berlaku...Ramai murid-murid SK Changkat Jong terlibat...3 buah kelas telah dibuka untuk penempatan mangsa banjir...Kepada murid-murid diingatkan supaya tidak bermain dalam banjir...




RIMUP

Selepas puas bercuti dan berhari raya SK Changkat Jong mengadakan sambutan Hari Raya bersama aktiviti RIMUP(Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)pada Hari Sabtu 11 Okt 2008.Beberapa buah sekolah Tamil dan Cina dijemput.Berbagai persembahan diadakan oleh murid-murid dari sekolah masing-masing..Suasana amat meriah sekali..

Thursday, October 9, 2008

Lagu Dan Kenangan

Inilah dia lagu Melodi Perpisahan yang selalu dinyanyikan di SK Changkat Jong ni bila ada majlis perpisahan..Ramai dah yang mengalir airmata bila dengar lagu ni...Lagu ini sebenarnya adalah salah satu lagu dalam koleksi lagu2 pengakap...Dengarkan..Buat Cikgu Lela dan Azie tentu jadi kenangan buat anda berdua..

Friday, September 26, 2008

Selamat Tinggal Cikgu

Tamatlah sudah latihan cikgu Azie dan Lela kat Sekolah Changkat Jong...
Kesedihan jelas terbayang di wajah anak2 murid mereka..Dari dua hari lepas mereka berkejar2 mencari saya untuk meminta tolong menyiapkan muzik Lagu Melodi Perpisahan yang sememangnya menjadi lagu tradisi SK Changkat Jong bila majlis perpisahan diadakan.Tapi dah lama tak dinyanyikan..murid2 pun dah nak lupa....Semoga Cikgu2 kita ni berbahagia selalu dan jangan lupa kami di sini..Selamat berposting...Nak denga lagu melodi perpisahan? Tunggu...

Sunday, September 21, 2008

Perkhemahan Jati Diri Dan Kesahsiahan

Pada 01.08.08 yang lalu SK Changkat Jong telah mengadakan program Perkhemahan Jati Diri Dan Kesahsiahan.Semua murid2 tahap 2 telah menglibatkan diri.

Salah seorang Fasilitator sedang mengadakan program dan riadah

Bacaan Yasin UPSR Dan Akikah


Sebelum Menyambut Ramadhan Al-Mubarak SK Changkat Jong telah mengadakan majlis bacaan Yasin untuk murid2 yang menghadapai peperiksaan UPSR dan juga mengadakan majlis akikah.Majlis akikah telah diadakan hasil perkongsian di antara guru-guru.


Majilis ceramah juga turut diadakan
Guru-guru sibuk menyediakan hidangan untuk para tetamu

Sunday, August 24, 2008

KARNIVAL PRA SEKOLAH


Pada 19 Julai 2008, Karnival Pra Sekolah telah diadakan di SK Changkat Jong..Sebanyak 8 buah sekolah Kelompok 1 telah mengambil bahagian..



Murid-murid yang mengambil bahagian dalam tarian asli membuat persembahan..

Guru besar SK Changkat Jong sedang menyampaikan ucapan...