Friday, March 12, 2010

USTAZ FARID RAVI DI CHANGKAT JONG

Bersama Penghulu Mukim Changkat Jong

SK Changkat Jong sungguh bertuah kerana datarannya digunakan untuk majlis ceramah agama oleh Ustaz Farid Ravi anjuran PEMADAM dan Jawatankuasa Maulidur Rasul Mukim Changkat Jong.Lebih menarik kehadiran beliau ditemani oleh Saudara Hafiz Hamidon juga pengacara rancangan tv yang dihoskan oleh Ustaz Farid setiap minggu di tv1.Saudara Hafiz adalah bekas pelajar SK Changkat Jong, merupakan di antara pelajar yang pintar pada masa itu.Beliau juga seperti yang diketahui adalah bekas anggota Kumpulan Nasyid UNIC.Ceramah dimulakan agak lewat kerana kereta Hafiz mengalami kemalangan.


Sedang berbincang sebelum memulakan ceramah






Para Tetamu Khas Termasuk Guru Besar SKCJ







PERTANDINGAN BADMINTON

Pada tahun ini SK Changkat Jong dilantik untuk menjadi pengelola pertandingan badminton peringkat daerah.Selama dua hari acara pertandingan itu yang diadakan di SMJK San Min berjalan lancar.Guru Kanan Ko-Kurikulum Pn Selamah sentiasa turun padang bersama-sama guru yang terlibat untuk memberi sokongan dan memantau agar program berjalan dengan jayanya.
Orang kuat Pn.Selamah..Cikgu Hafiz

Pn.Selamah PK Ko-Kurikulum Kami

Antara Rakan-Rakan Yang Turut Hadir Membantu

Suasana Gelanggang Badminton







Sunday, March 7, 2010

Taklimat Zoom-A



Pada 4 Mac Syarikat Zoom-a telah membuat taklimat bertempat di SMK Seri Perak.Program pembelajaran secara online yang diperkenalkan amat berfaedah.Pendaftaran cuma RM10 untuk seorang murid dan sememangnya tidak membebankan ibubapa berbanding syarikat lain.Syarikat ini juga berbesar hati memberi login percuma seramai 5 orang untuk setiap sekolah di daerah Hilir Perak dengan memberi tumpuan kepada pelajar miskin.Kepada ibubapa yang berminat boleh berhubung dengan sekolah tempat anak-anak mereka belajar untuk membuat pendaftaran.