Sunday, May 17, 2009

SAMBUTAN HARI GURU SK CHANGKAT JONG

Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti pembacaan perutusan Menteri Pelajaran oleh En.Saidin b. Erang,PK 1.Murid2 turut membuat persembahan sebuah nasyid 'Guru Mithali' yang diusahakan oleh pekerja2 kontrak SKCJ..Terima Kasih.Guru Besar menyampaikan ucapan..satu kejutan buat warga SKCJ..Dua orang kakitangan Bank Rakyat datang menyampaikan sebiji kek sempena Hari Guru.Terima kasih Bank Rakyat!Bacaan Ikrar guru diketuai oleh En.Saidin dan nyanyian Lagu Guru Malaysia dinyanyikan oleh guru2.















Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga pendidik khasnya Warga pendidik SK Changkat Jong.




Guru Malaysia
Kami guru Malaysia,
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin,
Putra putri negara kita.

Pada seri Paduka,
Kami tumpahkan setia,
Rukun negara kita,
Panduan hidup kami semua.

Di bidang pembangunan,
Kami tetap bersama,
Membantu,membina,
Negara yang tercinta.

Amanah yang diberi,
Kami tak persiakan,
Apa yang kami janji,
Tunai tetap kami tunaikan.

Monday, May 11, 2009

CERAMAH KESIHATAN



Ceramah kesihatan yang diakan pada 11 Mei itu telah dihadiri oleh murid2 tahap 1 dan 2 termasuk beberapa orang ibubapa.Sudut pameran juga diadakan.Ceramah banyak menyentuh tentang kepentingan iodin dalam tumbesaran kanak2..murid2 turut diberikan sebungkus garam iodin..Terima kasih diucapkan kepada Pusat Kesihatan yang sudi hadir menyampaikan ceramah.





Thursday, May 7, 2009

SELAMAT HARI IBU

Bonda

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda
bonda