Sunday, December 26, 2010

Yang Pergi Dan Datang

Agak lama tidak menulis di blog ini..Banyak peristiwa yang berlaku tidak dipaparkan..Sebulan percutian telahpun hampir tamat..
Tahun ini SK Changkat Jong agak menyerlah..keputusan UPSR mencatat 2 orang mendapat keputusan 5A..Tahniah buat mereka dan juga guru-guru yang telah bekerja keras..
Begitu juga kejayaan SK Changkat Jong mengadakan temasya sukan yang telah sekian lama tidak diadakan kerana ketidaan padang..Ladang Moccis telah bermurah hati membenarkan pihak sekolah menggunakan padang mereka..T.Kasih kepada Pengurus Ladang Moccis..
Tahun 2011 semua warga SK Changkat Jong akan merasa sedikit kehilangan kerana beberapa orang guru akan bertukar..Cikgu Hafiz bertukar ke Kampungnya di Perlis,Cikgu Zura bertukar mengikut suaminya ke Selangor manakala PK1 kita Cikgu Saidin dinaikkan pang menjadi Guru Besar di SK Sg.Balai..Terasa sekali kehilangan mereka ini..