Saturday, January 17, 2009

Temu Murni

Hari ini ada perjumpaan dengan ibu bapa.Majlis Temu Murni..Khas untuk murid2 Tahun 6.EnShamsul Bahari Pegawai dari PPD datang memberi ceramah.Kebetulan pula beliau adalah penduduk kg Changkat Jong, dibesarkan di sini dan pernah mengajar di sini.Nampaknya hari ini balik petang lagi..Majlis berjalan lancar..Selepas Asar diadakan bacaan Yasin..Sesi yang menarik ialah cabutan bertuah..Sambutan kali ini memang memberangsangkan..

Monday, January 5, 2009

Selamat Tahun Baru

Masih sempat rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru untuk semua khasnya warga SKCJ.Sekejap saja rasanya bercuti..dah sekolah balik..
Tahun ini kita kehilangan tiga orang guru dan didatangi oleh dua orang guru baru.Cikgu Suria kita telah bertukar ke Serawak mengikut suaminya manakala Cikgu Nurdin telah bertukar ke SK Seri Baru menjadi guru besar di sana.Kita mendapat penolong kanan yang baru iaitu Cikgu Azni dari SMK Seri Setia dan seorang ustazah Pn.Aznani menggantikan Ustazah Siti Fatimah yang berukar juga.
Semoga SKCJ terus maju pada tahun ini.