Monday, January 5, 2009

Selamat Tahun Baru

Masih sempat rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru untuk semua khasnya warga SKCJ.Sekejap saja rasanya bercuti..dah sekolah balik..
Tahun ini kita kehilangan tiga orang guru dan didatangi oleh dua orang guru baru.Cikgu Suria kita telah bertukar ke Serawak mengikut suaminya manakala Cikgu Nurdin telah bertukar ke SK Seri Baru menjadi guru besar di sana.Kita mendapat penolong kanan yang baru iaitu Cikgu Azni dari SMK Seri Setia dan seorang ustazah Pn.Aznani menggantikan Ustazah Siti Fatimah yang berukar juga.
Semoga SKCJ terus maju pada tahun ini.

No comments: