Tuesday, August 31, 2010

Sambutan Hari Kemerdekaan

Sempena Hari Kemerdekaan SK Changkat Jong juga mengambil kesempatan untuk meraikannya.Sambutan yang dibuat secara sederhana sahaja tambahan pula kita sedang menjalani ibadah puasa..
Tiada perutusan khas yang diterima tahun ini.Guru besar pula terpaksa bergegas ke mesyuarat secara tiba-tiba.Nyanyian lagu-lagu patriotik dan lagu tema tahun ini dimainkan..bacaan ikrar semua guru dan murid turut dilakukan..Terdapat bacaan pantun dari murid-murid dan juga bacaan sajak yang menarik dari penyajak kita iaitu Cikgu Ainunnazli.Paling best Hari Selasa cuti...

Wednesday, August 18, 2010

Monday, August 9, 2010

Kem Perkhemahan Akademik 2010



Kem ini diadakan pada 6 dan 7 Ogos 2010 bertempat di Sekolah Menengah Teknik,Teluk Intan,Perak.Program bermula pada sebelah petang dengan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris.Solat berjemaah dan ceramah agama dan motivasi turut diadakan.Sebelum solat Subuh murid2 melakukan Qiamullail...Nampaknya ada sedikit kesedaran di kalangan pelajar-pelajar SKCJ..Moga ianya berkekalan..Kepada Pengetua SM Teknik ribuan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan..