Thursday, March 10, 2011

ICT BOOKTHON

Tarikh 12 Mac 2011
Masa: 8.00 pagi hingga 3 petang
Tempat: SK Changkat Jong

Semua dijemput hadir ke majlis ini.Pelbagai aktiviti diadakan pada hari tersebut..Dari pameran hinggalah ke pertandingan yang boleh disertai pelbagai peringkat.Yang lebih menarik ialah kehadiran bekas pelajar SKCJ iaitu Hafiz Hamidun seorang selebriti tv akan hadir dengan persembahan yang menarik.Terdapat juga seorang selebriti dari rancangan realiti tv1 yang juga seorang pelatih maktab perguruan akan membuat persembahan.Kesemua mereka ini membuat per sembahan secara percuma untuk menjayakan program ini semata-mata.Terima kasih diucapkan.
Dengan sasaran untuk mencapai RM15 ribu kutipan untuk menampung keperluan murid-kurid SKCJ pelbagai usaha diadakan sepanjang program ini.Sumbangan-sumbangan dari pelbagai pihak amatlah diharap-harapkan terutama dari individu yang telah berjaya dan pernah mendapat didikan di SKCJ.Untuk itu sudilah kiranya badan-badan korporat,syarikat-syarikat,peniaga dan sebagainya untuk menghulurkan sedikit bantuan untuk kebaikan anak didik kita.semoga majlis ini berjalan lancar.

.
Hafiz sedang berbincang dengan Guru Besar SKCJ





Saturday, March 5, 2011

ICT BOOKTHON


Pada 12 mac 2011(sabtu ),program ICT BOOKTHON akan di adakan di sk.changkat jong.Ini merupakan program PIBG SK.Changkat Jong bagi mencari dana sebanyak RM 15 000 bagi tabung PIBG sekolah untuk di salurkan bagi program kecemerlangan akedemik,sahsiah,dan kokorikulum pelajar . Bagi bekas murid2 sekolah Changkat Jong,masa ini lah digalakkan datang beramai-ramai untuk pendaftaran Alumni SK.Changkat Jong dan seterusnya boleh berbakti demi sekolah tercinta...urusan pendaftaran murid tua dan penajaan dari bekas murid tua diuruskan oleh Ketua Puteri UMNO Changkat Jong.
Sekiranya ada cadangan aktiviti untuk bekas murid2,sila hubungi urus setia program/ GB SK.Changkat Jong (05-6221023).
Beberapa acara akan di jalankan bagi kategori remaja/belia/ibubapa murid:

-Kreatif minda(rekacipta daripada bahan terbuang)/pertandingan melabel bahagiaan
komputer,pertandingan kepantasan menaip menggunakan komputer

*Borang pertandingan bagi kategori ini ialah RM5.00 manakala bagi murid sekolah
RM1.00 dan boleh di ambil di pejabat sekolah .Hasil reka cipta kreatif minda perlu
diserahkan di sekolah sebelum 8 Mac 2011.Hadiah-hadiah menarik menanti anda.

Selain daripada itu terdapat juga :
1.Jualan buku,komputer,broadband,pakej jalur lebar (internet) dari TELEKOM
2.pemeriksaan kesihatan/derma darah
3..Jualan barangaan produk Caely Girl,Zhulian,DXN,Insurans
4.Pameran polis,bomba,perdagangan,Penjara,
5.Jualan Jumble sale PIBG
6.Jualan pelbagai jenis makanan dan minuman

Mari Ramai2 turun SKCJ...


Tuesday, March 1, 2011

Tahniah Buat Warga SKCJ!

Ucapan tahniah ini ditujukan kepada semua warga SKCJ kerana diatas usaha semua kita berjaya mendapat pengiktirafan baiah.Anugerah tersebut membawa kepada pemberian saguhati kepada guru besar,guru-guru dan juga kakitangan sekolah.
Anugerah itu disampaikan sendiri oleh Menteri Pelajaran kita Tan Sri Muhyidin Yasin.Daripada 19 sekolah Daerah Hilir Perak yang dicalonkan hanya 10 buah sekolah yang terpilih.
Semoga dengan anugerah ini akan memberi suntikan semangat kepada kita semua untuk berusaha dengan lebih gigih memajukan sekolah dalam semua bidang.