Tuesday, June 29, 2010

Apa Dah Jadi

Sudah 2 minggu persekolahan bermula kembali setelah dua minggu bercuti panjang..Ramai yang terkejut bila datang ke sekolah dimaklumkan semua kelas di tingkat atas blok A tidak dapat digunakan..Rupa2nya semasa cuti ribut telah melanda sekolah sehingga menyebabkan kerosakan pada bumbung..Kelas Tahun 5 paling teruk kerana ada bumbungnya tercabut terus..
Begitu juga bilik muzik yang sudah sekian lama tidak selesai ditambah pula dengan kejadian ribut...air tergenang di sana sini..Bau najis kelawar menusuk hidung..Rasa lemas bila berada lama di situ..
Maka kelas-kelas menjadi agak berterabur..

Bengkel Teknik Menjawab

Hari ni ada bengkel teknik menjawab soalan Sains..Tak sempat nak pergi tengok sebab diadakan waktu petang.Semoga teknik-teknik yang didedahkan oleh Cikgu Taib dari SK Sg. Tunku dapat membantu murid2 SKCJ menjawab soalan-soalan Sains semasa UPSR nanti..

Saturday, June 26, 2010

Warga SKCJ Di Pangkor

Hari Keluarga diadakan oleh Sekolah Kebangsaan Changkat Jong di Pulau Pangkor selama dua hari satu malam.Sebenarnya dah lama program macam ini dirancang tapi ada sahaja halangannya..Dengan memilih Purnama Beach Resort sebagai tempat penginapan yang terletak di Teluk Nipah...Hari pertama di sini dipenuhi dengan aktiviti sendiri2 sahaja.Ada yang memilih menaiki bot mengelilingi pulau,ada yang bermotosikal.Pada malam hari barulah semuanya dapat berkumpul dan makan bersama..



Dah lama tak naik feri ke Pangkor semenjak kurangnya kursus..


Terkejut juga sampai di Teluk Nipah..Banyak pembinaan sedang dilakukan di tepi pantai..Cerucuk besi di sana sini agak mencacatkan pemandangan..ruang untuk mandi menjadi terhad..laluan ke tepi pantai juga diganggu dengan kerja-kerja pembinaan..Yang peliknya orang tetap ramai berkunjung..