Sunday, December 26, 2010

Yang Pergi Dan Datang

Agak lama tidak menulis di blog ini..Banyak peristiwa yang berlaku tidak dipaparkan..Sebulan percutian telahpun hampir tamat..
Tahun ini SK Changkat Jong agak menyerlah..keputusan UPSR mencatat 2 orang mendapat keputusan 5A..Tahniah buat mereka dan juga guru-guru yang telah bekerja keras..
Begitu juga kejayaan SK Changkat Jong mengadakan temasya sukan yang telah sekian lama tidak diadakan kerana ketidaan padang..Ladang Moccis telah bermurah hati membenarkan pihak sekolah menggunakan padang mereka..T.Kasih kepada Pengurus Ladang Moccis..
Tahun 2011 semua warga SK Changkat Jong akan merasa sedikit kehilangan kerana beberapa orang guru akan bertukar..Cikgu Hafiz bertukar ke Kampungnya di Perlis,Cikgu Zura bertukar mengikut suaminya ke Selangor manakala PK1 kita Cikgu Saidin dinaikkan pang menjadi Guru Besar di SK Sg.Balai..Terasa sekali kehilangan mereka ini..

Saturday, September 25, 2010

Sambutan Hari Raya 2010

Pada Hari Jumaat 24 September 2010 Majlis sempena hari raya diadakan setelah pelajar-pelajar tahun 6 selesai menghadapi peperiksaan UPSR.Majlis yang meriah ini telah diadakan di kantin sekolah.Ramai para tetamu yang hadir.Pihak sekolah juga telah menjemput Dato'Onn b. Hamzah mantan ADUN Changkat Jong untuk sama-sama menghadiri majlis ini sebagai penghormatan kepada beliau yang begitu banyak jasanya kepada SKCJ.


Doa oleh Ust.Sarhan


Ucapan Dato' On

Ucapan En. Mansor Pengerusi PIBG

Ucapan Guru Besar

Dato' memotong kek hari raya

Berbagai Juadah

Murid-murid turut gembira
Ais krim! Ais Krim!


Guru besar melayan tetamu

Anak-anak angkat Dato' On

Tuesday, September 21, 2010

Selamat Menghadapi UPSR

Semoga murid2 tahun 6 dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang..Doa kami para guru dan juga ibubapa agar semua murid berjaya..amin..

Tuesday, September 14, 2010

Selamat Hari Raya



Selamat Hari Raya diucapkan kepada seluruh umat Islam khasnya buat warga SKCJ.Maaf dzahir dan batin

Sunday, September 5, 2010

Bacaan Yasin Dan Perjumpaan Ibubapa


Cikgu Noraini yang sentiasa mengambil berat pencapaian muridnya




Tuesday, August 31, 2010

Sambutan Hari Kemerdekaan

Sempena Hari Kemerdekaan SK Changkat Jong juga mengambil kesempatan untuk meraikannya.Sambutan yang dibuat secara sederhana sahaja tambahan pula kita sedang menjalani ibadah puasa..
Tiada perutusan khas yang diterima tahun ini.Guru besar pula terpaksa bergegas ke mesyuarat secara tiba-tiba.Nyanyian lagu-lagu patriotik dan lagu tema tahun ini dimainkan..bacaan ikrar semua guru dan murid turut dilakukan..Terdapat bacaan pantun dari murid-murid dan juga bacaan sajak yang menarik dari penyajak kita iaitu Cikgu Ainunnazli.Paling best Hari Selasa cuti...

Wednesday, August 18, 2010

Monday, August 9, 2010

Kem Perkhemahan Akademik 2010



Kem ini diadakan pada 6 dan 7 Ogos 2010 bertempat di Sekolah Menengah Teknik,Teluk Intan,Perak.Program bermula pada sebelah petang dengan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris.Solat berjemaah dan ceramah agama dan motivasi turut diadakan.Sebelum solat Subuh murid2 melakukan Qiamullail...Nampaknya ada sedikit kesedaran di kalangan pelajar-pelajar SKCJ..Moga ianya berkekalan..Kepada Pengetua SM Teknik ribuan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan..








Friday, July 30, 2010

Perkhemahan Unit Beruniform

Perkhemahan bermula pada hari sabtu 24 Julai 2010 hingga ahad.Badan2 uniform yg terlibat ialah KRS,Pengakap dan Putri Islam.

Thursday, July 15, 2010

Majlis Israk Mikraj


Pagi Jumaat yang penuh keberkatan ini dimulakan dengan ceramah Israk Mikraj oleh Ust Hairul.Banyak pengajaran dalam peristiwa Israk dan Mikraj diceritakan oleh ustaz.

Selepas habis ceramah guru-guru yang mempunyai masa lapang membantu pekerja sekolah memasak bubur asyura..Walaupun di tengah panas mereka tetap ceria...

Peperiksaan Percubaan UPSR

Murid tahun 6 baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan percubaan UPSR.Peperiksaan tersebut diadakan serentak di seluruh Daerah Hilir Perak..Sesekali terdengar juga suara murid tahun 6 yang merungut berdepan dengan soalan2 yang sukar..Kerisauan guru tahun 6 juga jelas kelihatan dengan keadaan ini..

Apa yang penting murid harus bersedia menghadapi peperiksaan sebenar dengan persiapan yang lengkap.Masanya sudah hampir tiba, lebih kurang 2 bulan sahaja dari sekarang.

Sunday, July 4, 2010

Takziah

Ucapan takziah pada Cikgu Azni diatas pemergian Allahyarhamah kakak beliau baru-baru ini..Semoga Cikgu Azni tabah dengan ujian Allah ini...Al -Fatihah

Tuesday, June 29, 2010

Apa Dah Jadi

Sudah 2 minggu persekolahan bermula kembali setelah dua minggu bercuti panjang..Ramai yang terkejut bila datang ke sekolah dimaklumkan semua kelas di tingkat atas blok A tidak dapat digunakan..Rupa2nya semasa cuti ribut telah melanda sekolah sehingga menyebabkan kerosakan pada bumbung..Kelas Tahun 5 paling teruk kerana ada bumbungnya tercabut terus..
Begitu juga bilik muzik yang sudah sekian lama tidak selesai ditambah pula dengan kejadian ribut...air tergenang di sana sini..Bau najis kelawar menusuk hidung..Rasa lemas bila berada lama di situ..
Maka kelas-kelas menjadi agak berterabur..

Bengkel Teknik Menjawab

Hari ni ada bengkel teknik menjawab soalan Sains..Tak sempat nak pergi tengok sebab diadakan waktu petang.Semoga teknik-teknik yang didedahkan oleh Cikgu Taib dari SK Sg. Tunku dapat membantu murid2 SKCJ menjawab soalan-soalan Sains semasa UPSR nanti..

Saturday, June 26, 2010

Warga SKCJ Di Pangkor

Hari Keluarga diadakan oleh Sekolah Kebangsaan Changkat Jong di Pulau Pangkor selama dua hari satu malam.Sebenarnya dah lama program macam ini dirancang tapi ada sahaja halangannya..Dengan memilih Purnama Beach Resort sebagai tempat penginapan yang terletak di Teluk Nipah...Hari pertama di sini dipenuhi dengan aktiviti sendiri2 sahaja.Ada yang memilih menaiki bot mengelilingi pulau,ada yang bermotosikal.Pada malam hari barulah semuanya dapat berkumpul dan makan bersama..



Dah lama tak naik feri ke Pangkor semenjak kurangnya kursus..


Terkejut juga sampai di Teluk Nipah..Banyak pembinaan sedang dilakukan di tepi pantai..Cerucuk besi di sana sini agak mencacatkan pemandangan..ruang untuk mandi menjadi terhad..laluan ke tepi pantai juga diganggu dengan kerja-kerja pembinaan..Yang peliknya orang tetap ramai berkunjung..








Wednesday, May 19, 2010


Sambutan Hari Guru dimulakan di dataran kejat SKCJ..ucapan-ucapan dari Menteri Pelajaran,Pengarah Pelajaran dibacakan..

Ikrar guru dan diikuti lagu Guru Malaysia Dan Guru Pembina Negara Bangsa


Ucapan Ketua Murid

Cikgu Ainunnazli membaca sajak dengan penuh semangat

Gotong Royong Perdana



Gotong royong yang diadakan sempena menyambut Hari Guru diseluruh negara berjalan secara serentak.Gotong royong menggabungkan guru-guru dan ibubapa.Agak mengecewakan ramai ibubapa tidak hadir..



Tok Sidang Mukim Changkat Jong turut memberi sokongan moral dan merasmikan penanaman pokok kelapa sawit sebanyak 20 pokok keliling sekolah..


Friday, March 12, 2010

USTAZ FARID RAVI DI CHANGKAT JONG

Bersama Penghulu Mukim Changkat Jong

SK Changkat Jong sungguh bertuah kerana datarannya digunakan untuk majlis ceramah agama oleh Ustaz Farid Ravi anjuran PEMADAM dan Jawatankuasa Maulidur Rasul Mukim Changkat Jong.Lebih menarik kehadiran beliau ditemani oleh Saudara Hafiz Hamidon juga pengacara rancangan tv yang dihoskan oleh Ustaz Farid setiap minggu di tv1.Saudara Hafiz adalah bekas pelajar SK Changkat Jong, merupakan di antara pelajar yang pintar pada masa itu.Beliau juga seperti yang diketahui adalah bekas anggota Kumpulan Nasyid UNIC.Ceramah dimulakan agak lewat kerana kereta Hafiz mengalami kemalangan.


Sedang berbincang sebelum memulakan ceramah






Para Tetamu Khas Termasuk Guru Besar SKCJ







PERTANDINGAN BADMINTON

Pada tahun ini SK Changkat Jong dilantik untuk menjadi pengelola pertandingan badminton peringkat daerah.Selama dua hari acara pertandingan itu yang diadakan di SMJK San Min berjalan lancar.Guru Kanan Ko-Kurikulum Pn Selamah sentiasa turun padang bersama-sama guru yang terlibat untuk memberi sokongan dan memantau agar program berjalan dengan jayanya.
Orang kuat Pn.Selamah..Cikgu Hafiz

Pn.Selamah PK Ko-Kurikulum Kami

Antara Rakan-Rakan Yang Turut Hadir Membantu

Suasana Gelanggang Badminton







Sunday, March 7, 2010

Taklimat Zoom-A



Pada 4 Mac Syarikat Zoom-a telah membuat taklimat bertempat di SMK Seri Perak.Program pembelajaran secara online yang diperkenalkan amat berfaedah.Pendaftaran cuma RM10 untuk seorang murid dan sememangnya tidak membebankan ibubapa berbanding syarikat lain.Syarikat ini juga berbesar hati memberi login percuma seramai 5 orang untuk setiap sekolah di daerah Hilir Perak dengan memberi tumpuan kepada pelajar miskin.Kepada ibubapa yang berminat boleh berhubung dengan sekolah tempat anak-anak mereka belajar untuk membuat pendaftaran.

Sunday, January 31, 2010

LAWATAN DATO' ON



Baru-baru ini sekolah dilawati oleh Dato'Onn b. Hamzah mantan ADUN Changkat Jong.Tujuan beliau membuat lawatan adalah untuk melihat sendiri bentuk sumbangan yang boleh beliau berikan kepada sekolah terutamanya makmal komputer.Beliau turut membawa dua orang pembantu untuk meninjau keperluan makmal komputer..Sebelum ini beliau turut memberi sumbangan berupa peti televisyen untuk diletakkan di kawasan kantin sekolah bagi memudahkan murid untuk menonton rancangan2 yang berfaedah sebelum memasuki kelas dan semasa waktu rehat.. Dato'Onn sememangnya amat berjasa kepada SK Changkat Jong semenjak beliau memegang jawatan ADUN lagi..Undangan sekolah tidak pernah beliau kecewakan dan sentiasa berbincang dengan guru besar mengenai perkembangan sekolah.


Juruteknik makmal komputer sedang berbincang dengan pakar IT yang dibawa oleh Dato' on