Tuesday, June 14, 2011

Guru Besar Bertukar

Berita ini diterima semasa cuti sekolah .Guru Besar kita Pn.Norkizah akan bertukar ke SK Horley Methodist setelah hampir lima tahun lamanya beliau berkhidmat di sini.Jasa beliau pada SK Changkat Jong tidak akan dilupakan.Semoga beliau dapat menjalankan tugas di tempat baru dengan lebih baik.Puan Norkizah juga menjelaskan mungkin beliau akan mengambil keputusan untuk bersara awal memandangkan kesihatan beliau dan di samping ingin menjaga ibunya yang uzur.Kami warga SKCJ mengucapkan selamat berpisah dan ribuan terima kasih di atas segala jasa dan bakti cikgu di SKCJ.

No comments: